Wednesday, 22 June 2011

2,508 Pencerobohan Ruang Udara Sejak Tahun 2008 dilakuan oleh Singapura!!!

Singapura diingatkan jangan ceroboh !!!

BP : Apabila kita bersikap terlalu terbuka maka pihak lain senang2 ceroboh negara kita dengan terbuka..


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Singapura agar tidak sesekali menceroboh kedaulatan negara ini biar apa jua alasan termasuk ruang udara yang terhad.


Menurutnya, Malaysia telah banyak bertoleransi dengan republik itu, namun semangat kejiranan harus menjadi penanda aras terhadap apa jua tindakan yang diambil bagi memastikan tidak wujud rasa sangsi antara kedua-dua negara.

"Kita faham ruang udara Singapura terhad menyebabkan tentera udara mereka sering 'terbabas' ke negara ini.

"Memang kita faham. Tambahan, kita berada dalam ASEAN selain sama-sama menandatangani Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). Namun ia tidak langsung boleh dijadikan alasan.


"Justeru, bantahan diplomatik dilakukan bagi menunjukkan kita sentiasa memantau pergerakan udara mereka. Ia juga bagi menunjukkan rasa tidak senang dengan perbuatan itu," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Perak Ke-16 di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat mendedahkan sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak 2008.

Dalam jawapan itu, beliau memberitahu, Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut dan setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Beliau menambah, hubungan baik antara pemimpin kedua-dua negara juga bukan bermakna pencerobohan dilakukan Singapura mendapat keizinan mana-mana pihak.


"Saya akan membawa perkara ini ke tengah pada pertemuan dengan Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen nanti. Selain itu, Kementerian Luar juga saya rasa akan memainkan peranan mengadakan perbincangan dengan Singapura," ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia tidak 'berhajat' untuk menimbulkan masalah dengan Singapura dan berharap negara jiran itu tiada agenda melakukan sebarang provokasi.

"Kita merasakan negara terbaik adalah negara yang tidak menyebabkan jirannya menaruh prasangka. Kalau memaku dinding, perlu diingat, rumah sebelah turut mendengar bunyi bising.

"Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kita bukannya berapa banyak peperangan dimenangi, tetapi berapa banyak peperangan atau konflik dapat dihindari. Ia lebih baik daripada melakukan provokasi atau menggunakan senjata," tegasnya.

>>> Adakah kita masih mengambil langkah berdiam diri dan melihat sahaja??????

No comments:

Post a Comment