Saturday, 25 June 2011

Umat Islam Malaysia di Ambang Perpecahan..!!!


DAULAT TUANKU




Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menzahirkan kebimbangan baginda melihat krisis perpecahan yang begitu ketara di kalangan umat Islam ketika ini.

Titah baginda, keadaan itu tidak wajar dibiarkan berterusan kerana dikhuatiri peluang itu digunakan pihak tertentu menangguk di air keruh untuk menghancurkan kekuatan umat Islam.




Justeru, baginda dalam titah ucapannya itu mahu semua pihak mempertingkatkan usaha untuk mengembalikan semula perpaduan sesama umat Islam selain menghindari perbuatan yang boleh mencetuskan perpecahan dengan mengamalkan budaya mazmumah.

Umat Islam perlu mengambil pengajaran apa yang berlaku di negara Islam lain yang bertelagah sesama sendiri. Tiada siapa yang memperoleh manfaat, sebaliknya rakyat yang terus menderita dan negara tidak stabil akibat pertelingkahan yang berpanjangan.Kita perlu mengambil pengajaran supaya perkara yang sama dapat dibendung daripada berlaku di negara ini.

Baginda dalam titahnya turut menyeru umat Islam untuk hidup bersatu padu di bawah satu akidah dan agama dengan tidak mengutamakan kepentingan diri atau kelompok sendiri.Umat Islam juga perlu sentiasa bekerjasama dan bersatu dalam semua perkara terutama yang boleh membawa kebaikan kepada agama dan umat Islam keseluruhannya.




>>> Marilah kita bersatu tanda Kesetian Kepada Raja dan Negara..... Kalau titah Yang di-Pertuan Agong pun tak nak dengar lebih elok la jangan jadi rakyat Malaysia..



No comments:

Post a Comment