Monday, 20 June 2011

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul..

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul...

Ungkapan yang sering kita dengar sekiranya seseorang itu menggalas tanggungjawab yang besar. Namun bagi Datuk Nur Jazlan, sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah diberi mandat oleh rakyat segala tanggungjawab harus lah dipikul demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.


Atas dasar tanggungjawab itulah DNJ telah mengarahkan jentera pusat khidmat wakil rakyat Parlimen Pulai agar mengadakan program-program bagi menarik pengundi baru dan menjaga kepentingan pengundi yang sedia ada.


Selepas PRU-12, pelbagai program2 telah dianjurkan demi tujuan di atas, namun semenjak kebelakangan ini Program Jalinan Mesra Pengundi Parlimen Pulai bersama Datuk Nur Jazlan mendapat impak yang memuaskan bagi Parlimen Pulai khasnya dan Barisan Nasional amnya.


Seawal jam 9.00 pagi lagi, Datuk Nur Jazlan dan Jentera Program Jalinan Mesranya telah mengunjungi rumah ke rumah bagi beramah mesra dan membuat bancian sikap dan secara langsung membuat semakan SPR.  


Program ini juga telah melibatkan beberapa agensi kerajaan bagi membantu dan memudahkan proses-proses berkaitan SPR dilakukan secara langsung dari rumah ke rumah.


Sikap keterbukaan DNJ telah memberikan reaksi yang positif dari pengundi-pengundi Parlimen Pulai.







Program ini juga akan diteruskan sehingga lah menjelangnya PRU-13 nanti. Segala penat lelah dan pengorbanan DNJ untuk bersama-sama mengimarahkan lagi program tersebut disambut baik oleh penduduk setempat. 

Apa yang kita mahukan adalah seorang Ahli Parlimen yang mampu turun kepadang membantu jentera-jentera parti melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Semoga pengundi-pengundi di Parlimen Pulai khasnya dan Malaysia amnya dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca dan memilih pemimpin yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat.

Tanamkan kecintaan kepada agama, bangsa dan tanah air!!!


'Bersatu Membina Ummah, Bekerjasama Membina Negara'

No comments:

Post a Comment