Saturday, 18 June 2011

Daftar Pemilih Penentu Masa Depan..


Adakah anda telah daftar sebagai pemilih??


Sekiranya anda telah berumur 21 tahun maka anda layak untuk mendaftar sebagai pemilih..




Urusan pendaftaran pemilih baru bermula apabila seseorang warganegara yang layak di bawah Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan membuat permohonan kepada SPR dengan mengisi Borang A. 


Selepas Borang A melalui proses pendataan, SPR akan menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) mengikut empat (4) suku tahun dengan suku tahun pertama bemula daripada Januari- Mac, Suku Kedua (April-Jun), Suku Ketiga (Julai-September) dan Suku Keempat (Oktober-Disember). 


RDPT itu seterusnya akan dipamerkan untuk tujuan tuntutan dan bantahan. Apabila urusan tuntutan dan bantahan selesai, Pendaftar di setiap negeri membuat pemerakuan DPT kepada Ketua Pendaftar di Ibu Pejabat SPR yang kemudiannya akan mengemukakannya kepada SPR untuk disahkan dan diwartakan. 


Proses keseluruhan pengesahan Daftar Pemilih ini akan mengambil masa selama empat (4) bulan mulai bulan pertama setiap suku tahun.


Kepada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun, daftar lah sebagai pemilih dengan segera. 


Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab kita mempunyai hak untuk memilih kerajaan yang akan memimpin dan boleh membawa keamanan dari segi rohani dan jasmani kepada kita.


Ayuh bangkitlah warganegara muda Malaysia demi perpaduan Agama, Bangsa & Tanah Air tercinta...




 

http://www.spr.gov.my/http://www.spr.gov.my/

No comments:

Post a Comment