Sunday, 26 June 2011

Majlis Peguam Persoalkan Hak Mahkamah. !!!



Majlis Peguam diingatkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mempertikai tindakan Mahkamah Majistret di sini yang membenarkan rakaman video seks mirip seorang pemimpin parti pembangkang ditayangkan secara terbuka di dalam mahkamah.

''Saya tak tahu mengapa Majlis Peguam berminat sangat tentang soal itu (tindakan mahkamah menyiarkan rakaman seks)? Saya percaya mereka lebih pakar tentang soal undang-undang.

''Mungkin hakim (majistret) ambil langkah begitu dianggap penting sebelum dia dapat buat keputusan. Saya hairan mengapa mereka mempersoalkan perkara tersebut. Macam ada tujuan-tujuan tertentu atau motif politik di sebaliknya.

''Jadi saya percaya kita jangan mempertikaikan. Jangan berbuat sesuatu untuk sanggah keputusan hakim seperti apa yang disebutkan sebagai menghina mahkamah,'' kata beliau.

" Dengan apa yang dinyatakan oleh Majlis Peguam itu, pihak mahkamah seharusnya melihat sikap majlis tersebut supaya mereka tidak lari daripada perjuangan sebenar."



Beliau mengulas tindakan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks kerana Trio Datuk 'T' telah mengaku bersalah.





>>> Majlis Peguam seharusnya lebih memahami tentang soal undang-undang, hak mahkamah dan sistem kehakiman yang ada ketika membuat keputusan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tertentu.... Apa lagi lu nak apekk..








No comments:

Post a Comment